Kadang-kadang kita tengok ada member kita dalam rumah sendiri membuat perkara membuang masa. Mungkin kita nampak perkara tu dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa.
Kenapa agaknya?
Adakah kerana kita berbaik sangka yang takpe la..nnt dier sedar la tu. Sampai masa ada la kot orang tegur. Mungkin ayah dier nanti akan tegur. Ataupun..sebenarnya dalam hati kita tanpa kita sedar kita dah merelakan perkara tu berlaku. Atau kita sebenarnya terbiasa dengan membiarkan jahiliyah kecil berlaku sehingga tiada rasa benci kepada kemungkaran.
Wait..jahiliyah kecil jer kan. Bukan membunuh orang or berzina pun… ; kalau begitu yang kita fikirkan, sememangnya dunia dan dosa dah mula bertapak di dalam hati. Jahiliyah yang kecil la sebenarnya akan membawa kepada jahiliyah yang besar. Sedangkan Allah berfirman untuk kita bersama islam sepenuhnya. Dan itu sudah cukup men-invalid-kan dakwaan bahawa jahiliyah kecil is tolerable.
If dalam peristiwa Bilal dikeji pon Nabi dengan tegas menegur para sahabat, apatah lagi jahiliyah-jahiliyah yang kita buat zaman sekarang ni. Kalau dulu tertengok aurat pun sahabat dah rasa bersalah..sekarang ni kita mungkin terbiasa untuk sesama kita sendiri menonton movie-movie ‘islami’ yang dilakonkan oleh mereka yang berlakon ‘islami’..tapinyer..kadang-kadang mereka yang berlakon tu tak menutup aurat pon dalam movie tu.
Sahabat.. jangan bermudah dengan kita banyak memberi rukhsah dan kita compromise dengan mudah dalam perkara-perkara yang kecil. Menonton movie ‘islami’ pon kononnyer.. mendengar lagu yang bersifat duniawi walaupun mungkin ada perkataan ‘Tuhan’, ‘taubat’ dalam liriknya.
Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam isu ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mengaku membawa dakwah.
Dalam isu bersama dengan orang yang masih belum faham dengan islam..ada rukhsahnya. Memang dalam untuk memahami mereka, kita perlu mengenali latar belakang mereka. Namun kerana alasan ini la ditakuti penggerak dakwah sendiri tidak nampak di mana batasan. Dan akhirnya apa itu jahiliyah sudah tidak disedari. Malah semakin tiada rasa bersalah kalau kita sesama kita pun dah terbuat. Malah dipromote lagi…
kadang-kadang kita terfikir mengapa dakwah yang kita buat ni bagaikan tiada hasil atau cahaya harapannya. Adik-adik dan masyarakat seolah tidak terasa sentuhan kita. Seorang pernah berkata:
‘Kenapa student-student sekarang ni tak rasa segan silu berkepit bertepuk tampar depan kita ye?’
Good point di situ: masyarakat luar dah tak nampak kita ni significant dan kehadiran kita seolah tiada aura dalam masyarakat.
Mungkin dan besar kemungkinannya..kerana jahiliyah itu sendiri berlegar di kalangan pendakwah. Maka sinar cahaya tu Allah tarik balik dan akhirnya kita sendiri akan tersingkir dari medan dakwah. Time to bring a new generation mungkin. Allahuakbar. Betapa ruginya kita..
Wallahua’lam, sekadar berkongsi, dan moga kita sendiri mampu mengorak langkah baru. Jahilyah-free insyaALlah.
wassalam....
Badak
No comments:
Post a Comment